Assalamulaikum
Pray For Gaza
Saturday, January 19, 2013
Pias Syurga
Saat mata hanya mampu dibuta
Kaki kaku langkah
Mulut kelu paku kosong suara
Mereka lawan dengan nama ALLAH
Allah tuhan dia. Tuhan kau. Tuhan aku.
Batu jadi peluru, syahid jadi sayap ke depan.
Tangisan jadi muzik mainan.
Dunia dirampas.
Akhirat dijulang.
Monday, January 7, 2013
Jadi.
Akhirnya aku kembali. Kembali meneruskan saki baki perjuangan aku kali ini. Pejuangan menuju kesempurnaan hidup yang kononnya menjanjikan kamu kesenangan masa depan. Aku yakin mereka sendiri tidak tahu isi kandung masa depan yang Allah dah tulis. Tapi aku juga yakin mereka hanya mahukan terbaik untuk kami bila mereka rebah dikandung tanah nanti. Aku yakin mereka mahu bekalkan aku dengan ilmu kalis goda dajal akhir zaman.
Aku kembali. Aku kembali dengan azam yang sama dengan manusia-manusi klishe tu semua. Matlamat yang kononnya malar hingga akhir final nanti. Tapi beginilah manusia hidup. Hidup dalam harapan yang mereka sendiri tak mampu nak interpretasikan. Harapan menuju tahap tertinggi hidup. Tapi bukankah yang tinggi itu hanya Allah. Dan manusia di ajar untuk tunduk sebawah-bawahnya di bumi yang tidak pemanen ini?? Astaghfirullah. Allahuakhbar.
Subscribe to:
Posts (Atom)